Mac 02, 2011

PROGRAM KEMPEN CINTAI RASULULLAH DI SEKOLAH MENENGAH SAINS KUCHING,02.03.2011.MARGRIB SEHINGGA ISYAK.






Februari 07, 2011

Kenangan bertemu dengan mufti sarawak di lapangan terbang sibu.

Januari 14, 2011

pengerusi 1 yam sarawak melawat seorang bayi oku yang menghadapi masalah paru-paru di hospital swk,kuching




ketua setiausaha yam malaysia dan pengerusi 1 yam sarawak mengadakan perjumpaan dengan ajk usk sarawak.



banner yam kuching untuk rakyat sarawak


November 14, 2010

Program rehlah bersama warga pemuda dan sumbangan wang zakat dr yayasan amal unit kuching











November 12, 2010

Misi Kemanusiaan Yayasan Amal di Kassala, Sudan

 KUALA LUMPUR, 1 Nov: Yayasan Amal Malaysia (Amal Malaysia) akan melaksanakan misi kemanusiaan di Kassala, Sudan dari 15 November hingga 20 November akan datang bersempena sambutan Aidiladha.

Misi kemanusiaan bagi membantu pelarian Eritrea di bandar sempadan Sudan itu akan disertai 15 anggota termasuk pegawai perubatan.

Amal Malaysia juga akan melaksanakan ibadah korban di khemah-khemah pelarian Islam di Kassala sepanjang berada di wilayah sempadan Sudan itu.

Presidennya, Husin Ismail ketika menghubungi Harakahdaily berkata, pihaknya mensasarkan 50 ekor lembu bagi ibadah korban itu dan setakat ini berjaya mengumpulkan 20 ekor lembu bagi tujuan tersebut.

"Bagi program ibadah korban kita menetapkan RM295 untuk satu bahagian lembu dan RM500 untuk seekor kambing," jelasnya.

Sehubungan itu beliau mempelawa orang ramai yang berminat menyertai program ibadah korban bagi pelarian Eritrea di Sudan menghubungi Amal Malaysia di talian 019-951 1860 (Cikgu Husin) dan 019-664 4796 (Jamuluddin).

Kini terdapat 116,000 pelarian Eritrea di wilayah Sudan ekoran konflik etnik, politik dan agama di negara pinggir Laut Merah itu. Ia mewakili jumlah terbesar pelarian di wilayah Sudan.

Sudan turut menampung 25,000 pelarian dari Chad, Ethiopia (11,000), Uganda (7,800) dan Republik Afrika Tengah (5,000) selain konflik dalaman di wilayah Darfur yang membabitkan lebih 5.3 juta penduduknya.

Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template