Ogos 21, 2010

Forum Ambang Ramadhan pada 27 Sya’ban 1431H /7 Ogos 2010 bertempat di Masjid Al-Muhajirin, Taman Matang Jaya,











jemputan jamuan makan malam,setelah selesai sambutan ambang ramadhan..Selesai forum.. jemputan jamuan makan malam wakil YAM dan Ajk Masjid. anjuran Yayasan amal unit kuching dgn kerjasama Ajk masjid Al-muhajirin..

Makanan di sediakan oleh ajk masjid.

Ogos 18, 2010

PROGRAM YAYASAN AMAL SEPANJANG RAMADHAN UNIT KUCHING

Salam. harap semua sahabat2 di kuching terutamanya AJK YAM dapat beri komitmen kepada semua program yayasan amal yang akan diadakan sepanjang bulan ramadhan...1. Kuliah Fiqh Setiap Ahad mulai pukul 9.00 pagi hingga 10.30 pagi Tempat : Masjid Al-Muhajirin, Taman Matang Jaya2. Kuliah Dhuha Muslimat Setiap Ahad pukul 9.00 pagi hingga 10.30 pagi Tempat : Masjid Ikhwanul Islam, Taman Sukma3. Majlis Berbuka Puasa & Sumbangan kepada anak-anak yatim ( Tajaan HPA Industries Sdn Bhd) 21 Ogos 2010 (Sabtu) Ibu Pejabat HPA, Batu 7 Mula pukul 6.30 hingga 9.30 malam4. Ziarah Dakwah bersama Urusetia Saudara Kita 22 Ogos 2010 (Ahad) Kg sebelah Tebedu Berkumpul dan solat Zohor di Masjid Solahuddin Al- Ayubi, Kem Penrisen5. Iftar Jamaie bersama Penduduk Kg ( Tajaan Bahagian Dakwah JAKIM) 28 Ogos 2010 ( Sabtu) Masjid Kg Kolong 2, Jalan Matang Mula 6.30 ptg hingga 10.00 mlm6. Qiamullail Perdana 29 Ogos 2010 ( Ahad) Masjid Taman Malihah 3.00 pagi hingga 6.30 pagi7. Majlis Berbuka Puasa ( Tajaan Kuwait Finance House) 29 Ogos 2010 ( Ahad) Masjid Ikhwanul Islam, Taman Sukma8. Qiamullail 31 Ogos 2010 (Selasa) Masjid Al-Muhajirin, Taman Matang Jaya 3.00 pagi hingga 6.00 pagi

Kuliah Fiqh


Kuliah Dhuha Muslimat


Ogos 07, 2010

Karnival AMAL Ihya’ Ramadhan 1431H @ Kuching


http://amalsarawak.net/?p=3458
August 4th, 2010


[AMAL Sarawak mengucapkan Ramadhan Mubarak!]
AMAL Sarawak, Kuching: Alhamdulillahi kathiran! Alhamdulillah atas segala-galanya. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam Yang Maha Agung lagi Maha Pemberi Hidayah. Selawat serta salam untuk kekasih Allah, Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.
Sukacita dimaklumkan bahawa Yayasan Amal Malaysia (AMAL) Cawangan Sarawak Unit Kuching akan menganjurkan Program Penghayatan/ Ihya’ Ramadhan 1431H. Berikut merupakan antara program yang akan dilaksanakan:
Forum Ambang Ramadhan pada 27 Sya’ban 1431H /7 Ogos 2010 bertempat di Masjid Al-Muhajirin, Taman Matang Jaya,
Penerbitan Risalah Sinar Ramadhan, Tazkirah Ramadhan sekitar 10-15 minit sebelum Solat Terawih di Masjid/ Surau sekitar Bandaraya Kuching,
Iftar Jamaie bersama penduduk kampung bertempat di Masjid Kolong 2 pada 12 Ramadhan 1431H/ 22 Ogos 2010,
Sumbangan kepada Anak Yatim pada 18 Ramadhan 1431H/ 28 Ogos 2010 bertempat di Bangunan HPA Kuching,
Qiamullail Perdana pada 19 Ramadhan 1431H/ 29 Ogos 2010 bertempat di Masjid Taman Malihah.
Seluruh Muslimin-Muslimat di sekitar Kuching dijemput bersama-sama menjayakan program-program tersebut. Bersama kita mengazamkan agar Ramadhan yang bakal menjelang merupakan Ramadhan terbaik dan masa untuk bertambah-tambahnya ‘amalan. Selamat beribadah dengan penuh keikhlasan dan semoga kita semua menjadi orang-orang yang bertaqwa!
Rasulullah SAW menjelaskan bahawa puasa memberi syafaat kepada tuannya pada Hari Kiamat yang penuh dengan kecemasan dan ketakutan itu. Sabda Baginda Rasulullah SAW:
“Puasa dan Al-Qur’an memberi syafaat kepada hamba Allah pada Hari Kiamat. Puasa berkata, ‘Wahai Tuhanku, aku telah menghalanginya makan minum dan memenuhi syahwatnya pada siang hari, maka perkenankanlah aku memberi syafaat baginya.’ Dan Al-Qur’an pun berkata, ‘Aku telah menghalanginya tidur pada malam hari, maka perkenankanlah aku memberi syafaat baginya.’ Lalu syafaat keduanya diterima Allah.” (Hadith Riwayat Ahmad)
Masukkan sumbangan anda ke dalam akaun AMAL Sarawak:(This is AMAL Sarawak’s bank account for your reference:)
Atau CEK bayaran kepada “Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sarawak”, dan hantar ke alamat di bawah:(Or send your cheque to below address:)
Yayasan Amal Malaysia Cawangan SarawakLot 741, Jalan Pujut 9, 98000 Miri, SarawakNo. Telefon: 016-8909717Email: amalsarawak@yahoo.com.my
Untuk keterangan lanjut program-program Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak di Kuching pada masa akan datang, sila hubungi Saudara Mohd Nor (019-8574578), Saudara Abdul Aziz (019-8874784), Saudara Syamsul Bahri (019-9617951), Ustaz Afnan Faiz Ridzuan (013-3789411) atau layari laman web http://www.amalsarawak.net/.
TERAS BUDAYA AMAL:
Beriman, Berilmu dan Ber’amal,
Berakhlak Mulia,
Berprinsip dan Berdisiplin Islam,
Berkemahiran dan Berketrampilan.
Wallahu a’lam bissawab.
“BERKHIDMAT UNTUK KEMANUSIAAN, BER’AMAL KERANA ALLAH”

Ogos 03, 2010

IHYA RAMADHAN DI KUCHING

Insyaallah sepanjang bulan Ramadhan 1431H Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sarawak Unit Kuching akan menganjurkan Program Penghayatan Ramadhan. Antara program yang akan dilaksanakan adalah Forum Ambang Ramadhan pada 27 Sya’ban 1431H /7 Ogos 2010 bertempat di Masjid Al-Muhajirin, Taman Matang Jaya, penerbitan Risalah Sinar Ramadhan, Tazkirah Ramadhan sekitar 10-15 minit sebelum Solat Terawih di Masjid/Surau Sekitar Kuching, Iftar Jamaie bersama penduduk kampung bertempat di Masjid Kolong 2 pada 12 Ramadhan 1431H/ 22 Ogos 2010, Sumbangan kepada Anak Yatim pada 18 Ramadhan 1431H/ 28 Ogos 2010 bertempat di Bangunan HPA dan Qiamullail Perdana pada 19 Ramadhan 1431H/ 29 Ogos 2010 bertempat di Masjid Taman Malihah.Muslimin-muslimat di sekitar Kuching dijemput bersama-sama menjayakan program-program tersebut. Para dermawan juga dialu-alukan memberi sumbangan dengan memasuki ke dalam akaun Bank Islam Malaysia Berhad no 11022010032002 atas nama Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sarawak.Sila maklumkan jumlah sumbangan dan masa selepas 'bank in' dengan sms ke no saya 013-3789411 kerana akaun tersebut berpusat di Miri. Justeru pengeluaran wang untuk program di Kuching hendaklah dimaklumkan kepada Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sarawak yang berpusat di Miri.
Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template