Mei 03, 2009

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE 5 DIADAKAN DENGAN PENUH SEMANGAT BERAMAL KERANA ALLAH

KELANA JAYA : 25 APR. Yayasan Amal Malaysia (AMAL) telah berjaya mengadakan Mesyuarat Agung Perwakilan Dwi-Tahunan bagi kali ke-5 di Dewan Sri Jugra, Kompleks Tabung Haji, Kelana jaya. Majlis perasmian disempurnakan oleh Ustaz Hj. Hassan Shukri salah seorang penasihat AMAL Malaysia.Presiden AMAL Malaysia sedang memberikan ucap utama di majlis perasmian

Seramai hampir 180 orang hadir ke mesyuarat tersebut yang terdiri dari pemimpin masyarakat, pemimpin NGO, perwakilan dan pemerhati. Sebanyak 14 Cawangan seluruh negara telah menghantar Perwakilan. Mesyuarat yang diadakan setiap dua tahun sekali ini berjaya diadakan dengan mesra dan mahabbah di kalangan sesama ahli, selaras dengan motto AMAL Malaysia ’Beramal Kerana Allah”.

Sempena mesyuarat tahun ini, diadakan beberapa aturcara antaranya penyerahan sumbangan dana untuk Tabung Amanah Palestin. Tempat Pertama : Cawangan Terengganu - RM331,000.00, tempat kedua : Cawangan Selangor - RM113,000.00 dan tempat ketiga : Cawangan Sarawak sebanyak RM53,000.00. Manakala kategori Cawangan Terbaik 2007-2009, Cawangan Selangor ditabalkan Cawangan Terbaik 2007-2009, manakala Cawangan Sarawak mendapat Anugerah Khas – Kreatif 2007-2009, Cawangan Sabah mendapat Anugerah Khas – Aktif 2007 – 2009, manakala Cawangan Pahang mendapat Anugerah Khas – Qurban 2008/1429H. Semua pemenang menerima sijil penghargaan dan cenderahati. Manakala bagi pemilihan Jawatankuasa Pusat bagi sessi 2009 – 2011 pula, para perwakilan mengekalkan penyadang sessi lepas bagi jawatan utama tanpa ditandingi:-

Presiden Hj. Husin b. Ismail

Timbalan Presiden Hj. Jamuliddin b. Elias

Naib-naib Presiden Dr. Hj. Abd. Rani Osman,

Dr. Hj. Mohd Hamdan b. Mohd Khalib

Dr. Hjh. Halimah Ali bt. Abdullah.

Hanya 6 orang Ahli Jawatankuasa yang dipilih oleh perwakilan melalui undi sulit sebagaimana berikut:-

  • Abd. Hamid Seman, Mohamad Misbahul Munir Masduki, Ustaz Jamsari Marsom, Hj. Zaman Abdullah, Azri Mohd Arish dan Prof. Dr. Hashimi Bohari.

Sdr. Abd. Hamid Seman dan Sdr. Hj. Zaman Abdullah dikekalkan jawatan asal sebagai Ketua Setiausaha dan Bendahari Pusat oleh mesyuarat khas Jawatankuasa Pusat yang diadakan sebaik selesai mesyuarat agung tersebut.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template