November 14, 2010

Program rehlah bersama warga pemuda dan sumbangan wang zakat dr yayasan amal unit kuching











November 12, 2010

Misi Kemanusiaan Yayasan Amal di Kassala, Sudan

 KUALA LUMPUR, 1 Nov: Yayasan Amal Malaysia (Amal Malaysia) akan melaksanakan misi kemanusiaan di Kassala, Sudan dari 15 November hingga 20 November akan datang bersempena sambutan Aidiladha.

Misi kemanusiaan bagi membantu pelarian Eritrea di bandar sempadan Sudan itu akan disertai 15 anggota termasuk pegawai perubatan.

Amal Malaysia juga akan melaksanakan ibadah korban di khemah-khemah pelarian Islam di Kassala sepanjang berada di wilayah sempadan Sudan itu.

Presidennya, Husin Ismail ketika menghubungi Harakahdaily berkata, pihaknya mensasarkan 50 ekor lembu bagi ibadah korban itu dan setakat ini berjaya mengumpulkan 20 ekor lembu bagi tujuan tersebut.

"Bagi program ibadah korban kita menetapkan RM295 untuk satu bahagian lembu dan RM500 untuk seekor kambing," jelasnya.

Sehubungan itu beliau mempelawa orang ramai yang berminat menyertai program ibadah korban bagi pelarian Eritrea di Sudan menghubungi Amal Malaysia di talian 019-951 1860 (Cikgu Husin) dan 019-664 4796 (Jamuluddin).

Kini terdapat 116,000 pelarian Eritrea di wilayah Sudan ekoran konflik etnik, politik dan agama di negara pinggir Laut Merah itu. Ia mewakili jumlah terbesar pelarian di wilayah Sudan.

Sudan turut menampung 25,000 pelarian dari Chad, Ethiopia (11,000), Uganda (7,800) dan Republik Afrika Tengah (5,000) selain konflik dalaman di wilayah Darfur yang membabitkan lebih 5.3 juta penduduknya.

Misi Bantuan Kemanusiaan ke Sumatera Barat, Indonesia

    30 Oktober 2010, Kuala Lumpur - Dr Abd Rani Osman, merangkap Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia telah diberi mandat untuk ke Sumatera Barat bagi menghantar misi bantuan sempena Tsunami yang berlaku di Barat Sumatera baru-baru ini. Antara yang turut bersama misi tersebut adalah Dr Hj Abd Rani Osman (Naib Presiden AMAL) sebagai Ketua Misi, Hj Mohd Aszmi Anuar (AJK AMAL Selangor), Mohd Supkhi Mat Arif (Ahli Sukarelawan AMAL Selangor) dan Wan Zahari (Wartawan Harakah).

Kami bertolak dari pelabuhan di Telok Bungus, Padang, pada 30hb Okt, menaiki ferri ke Sikakap di Pulau Pagai Utara. Hanya di Sikakap terdapat dermaga yang besar yang mampu menerima kapal yang besar seperti ferri.

Perjalanan mengambil masa 12 jam dan kami selamat berlabuh di Sikakap jam 8 pagi pada Hari Ahad 31 hb Oktober.

Sebelum ini 2 buah speed bot telah terbalik di pukul ombak tetapi alhamdulilah relawan yang berada di bot itu dapat di selamatkan.

Setakat ini seramai lebih dari 490 mayat telah di temui dan selamat di kuburkan. Penduduk di Kabupaten Kepulauan Mentawai 75% adalah beragama Keristian tetapi itu tidak menghalang kami untuk menghulurkan apa sahaja bentuk bantuan kemanusiaan yang di perlukan.

Gabenor Sumatera Barat, Bapak Irwani dalam ucapannya di atas ferri ada menyebut betapa Kerajaan Indonesia mengalu-ngalukan bantuan dari mana-mana pihak termasuk dari Kerajaan Selangor.

Terima Kasih kepada Bakit sarawak (Telekom Sarawak) atas sumbangan wang zakat rm 1000.00.















Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template