30 Oktober 2010, Kuala Lumpur - Dr Abd Rani Osman, merangkap Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia telah diberi mandat untuk ke Sumatera Barat bagi menghantar misi bantuan sempena Tsunami yang berlaku di Barat Sumatera baru-baru ini. Antara yang turut bersama misi tersebut adalah Dr Hj Abd Rani Osman (Naib Presiden AMAL) sebagai Ketua Misi, Hj Mohd Aszmi Anuar (AJK AMAL Selangor), Mohd Supkhi Mat Arif (Ahli Sukarelawan AMAL Selangor) dan Wan Zahari (Wartawan Harakah).
Kami bertolak dari pelabuhan di Telok Bungus, Padang, pada 30hb Okt, menaiki ferri ke Sikakap di Pulau Pagai Utara. Hanya di Sikakap terdapat dermaga yang besar yang mampu menerima kapal yang besar seperti ferri.
Perjalanan mengambil masa 12 jam dan kami selamat berlabuh di Sikakap jam 8 pagi pada Hari Ahad 31 hb Oktober.
Sebelum ini 2 buah speed bot telah terbalik di pukul ombak tetapi alhamdulilah relawan yang berada di bot itu dapat di selamatkan.
Setakat ini seramai lebih dari 490 mayat telah di temui dan selamat di kuburkan. Penduduk di Kabupaten Kepulauan Mentawai 75% adalah beragama Keristian tetapi itu tidak menghalang kami untuk menghulurkan apa sahaja bentuk bantuan kemanusiaan yang di perlukan.
Gabenor Sumatera Barat, Bapak Irwani dalam ucapannya di atas ferri ada menyebut betapa Kerajaan Indonesia mengalu-ngalukan bantuan dari mana-mana pihak termasuk dari Kerajaan Selangor.
0 ulasan:
Catat Ulasan