Februari 24, 2010

AMAL Sarawak Unit Sarikei Berjaya Dilancarkan

Ustaz Zamri Rajab



[Foto Kenangan selepas Pelancaran AMAL Sarawak Unit Sarikei]


AMAL Sarawak, 28 Safar 1431H: Alhamdulillah! Allah Subhanahu Wata’ala telah menjelaskan di dalam kitab suci Al-Qur’an tentang kedudukan dan peranan orang-orang mu’min dalam kehidupan mereka di atas muka bumi ini. Firman Allah SWT:

“Kamu adalah sebaik-baik ummat yang dilahirkan untuk (kemaslahatan) manusia, kamu MENYURUH (mengajak) harus kepada yang ma’ruf (kebaikan) dan kamu MENCEGAH dari kemungkaran serta kamu BERIMAN dengan Allah”. (Surah Ali-’Imran, ayat 110)



Alhamdulillah, atas maksud dakwah dan mengembangkan lagi gerak kerja Amal Islami, maka pada 13 Februari 2010 bersamaan 28 Safar 1431H, Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak telah mengorak langkah menubuhkan Unit seterusnya di bumi Sarawak iaitu Unit Sarikei menjadikannya yang keempat selepas Unit Kuching, Unit Miri dan Unit Bintulu. Insya Allah beberapa Unit lagi akan diusahakan pada masa akan datang.



Perkara ini telah diumum dan dilancarkan oleh Saudara Muhtar Suhaili, Pengerusi AMAL Sarawak ketika mesyuarat bersama yang turut dihadiri oleh pegawai Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) Sarikei, Haluan dan Harakah Islamiah (HIKMAH) Sarikei. Ustaz Zamri Rajab (http://ibnrajab.wordpress.com/), pensyarah di IPGM Kampus Rajang telah dilantik dan amanahkan sebagai Ketua Protem AMAL Sarawak Unit Sarikei.



Mudah-mudahan dengan tertubuhnya Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak Unit Sarikei akan dapat menyebarluaskan lagi Teras Budaya AMAL di Sarikei. Adalah juga diharapkan semoga jalinan ukhuwah yang sedia terbina antara NGO-NGO Islam di Sarikei bersama HIKMAH, ABIM dan pastinya JAIS akan terus menyemarakkan lagi aktiviti dakwah, islah dan nahdah. Bersama-sama kita saling lengkap-melengkapi dan fastabiqul khairat.



Wallahu a’lam bissawab.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template