Februari 24, 2010
Ziarah AMAL Ke Masjid Nur Hijrah, Pulau Melayu
Berikut disertakan gambar kenangan program tersebut:
Masjid Nur Hijrah, Kpg Pulau Melayu Miri
Tazkirah oleh Ustaz Mohd Izwan Yusof, PLS JAKIM
Penyampaian sumbangan kepada ibu tunggal
Penyampaian sumbangan kepada anak yatim
Penyampaian sumbangan kepada seorg penduduk
Sebahagian sukarelawan AMAL Sarawak bersama AJK Masjid Nur Hijrah
AMAL Sarawak, 07 Rabi’ul Awwal 1431H: Alhamdulillah. Pada hari Sabtu 20 Februari 2010 bersamaan 06 Rabi’ul Awwal 1431H, Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak telah mengadakan Ziarah Dakwah ke Masjid Nur Hijrah, Kampung Pulau Melayu Miri.
Seramai lebih kurang 30 orang sukarelawan AMAL Sarawak telah turut serta dalam Ziarah Mahabbah kali ini. Program telah dimulakan dengan Solat Zuhur secara berjamaah bersama ahli kariah masjid. Selepas solat, acara dimulakan dengan Ucapan Alu-aluan daripada Penghulu Ayahanda Haji Ahmad bin Lamat mewakili penduduk kampung. Beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada AMAL Sarawak yang sudi mengadakan program seumpamanya dan berharap kerjasama pada aktiviti-aktiviti akan datang dapat diteruskan. Turut hadir sama ialah Imam Masjid Nur Hijrah, Tuan Haji Abdul Rahman.
Program diteruskan lagi dengan Tazkirah yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Izwan Yusof, pegawai Pusat Latihan Sarawak JAKIM Kuching. Di dalam tazkirahnya, Ustaz Izwan menyentuh kepentingan kita menjaga kebajikan fakir miskin, anak-anak yatim dan golongan yang memerlukan. Nabi Muhammad SAW merupakan seorang yang sangat berkebajikan lagi dermawan dan sewajarnya menjadi contoh ikutan kita semua.
Usai sesi tazkirah, program diteruskan dengan penyampaian sumbangan daripada Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak kepada 15 penerima di kalangan ibu tunggal, anak yatim, Orang Kelainan Upaya (OKU) dan golongan yang kurang berkemampuan. Ustazah ‘Ainul Badariah dan Tuan Haji Jofri Jaraiee telah sudi menyampaikan sumbangan tersebut mewakili AMAL Sarawak.
Jamuan ringan dan ramah-mesra menutup program pada tengahari tersebut. Pada sebelah malamnya, semua sukarelawan bergerak ke Masjid Darul Ehsan, Piasau Jaya bagi mengikuti Ceramah Maulidur Rasul dan keesokan paginya berqiammullail dan diperdengarkan dengan Tazkirah Subuh di Masjid At-Taqwa Miri. Kedua-dua Ceramah dan Tazkirah Subuh juga disampaikan oleh Ustaz Mohd Izwan Yusof. Jazakumullahu khairan kathira ya sheikh!
Untuk keterangan lanjut program-program Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak pada masa akan datang, sila hubungi Saudara Muhtar Suhaili (016-8909717), Ustaz Abdul Halim Abdul Kadir (019-3491567), Saudara Abdul Azeez Mohamad (019-8874784), Saudara Mohd Azwani Abdul Rani (013-3603290), Saudari Wan Lydia Salmi Wan Junaidi (016-8509242) atau layari laman sesawang www.amalsarawak.net.
Wallahu a’lam bissawab.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan